I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 November 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

 3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. )

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

 10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

 13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

 Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..

Monday 5 November 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.
Ibu, Seorang wanita yang dinikahi oleh ayah kita, kemudian hamil dan melahirkan kita ke dunia,. Menyekolahkan dan mendidik kita hingga menjadi seorang insan yang berguna. bekerja keras setiap hari, menyiapkan makan minum, menyuapkan kita ketika masih kecil hingga kita boleh untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Berdoa siang malam, hanya untuk anaknya. mulianya hati seorang ibu. Begitu besar pengorbanan seorang ibu, apakah kita dapat membalasnya. Fikirkanlah apakah kita boleh dan mampu untuk membalas pengorbanan itu. seorang ibu selalu berpesan pada anaknya, "rajin-rajin belajar ya nak..besar nanti boleh jaga ibu" begitulah pesan ibu kepada kita.. Namun masih ramai anak-anak zaman sekarang masih terleka tanpa ada usaha untuk meraih kejayaan, tanpa ada keinginan untuk membalas jasa kedua orang tua terutamanya ibu yang menyusukan kita dikala kita masih belum mengenal dunia. dan hanya mengharap sepenuhnya kepada mereka. Bayangkanlah bagaimana bila ibu kita telah tiada, segalanya akan berubah, tiada lagi tempat bermanja dan mengadu dikala duka. ketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan dan harapan kepada kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, telah tiada dan takkan kembali lagi. waktu itu barulah akan wujud rasa penyesalan, kerana jasa ibu tidak terbalas. kita hanya mampu menangisi kehilangannya, Namun semua itu sudah tidak berguna lagi. Fikirkanlah dan sematkanlah ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia,ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas, namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya. iaitu ingin melihat anaknya berjaya. dan ingatlah "Kasih Ibu Membawa Ke Syurga".

Tuesday 6 March 2012

JODOH KITA =)

hyepss~~
kali ny fia nk share pasal TITTLE kt ats 2 plak..
SHARING IS CARING righ??
haa..bace laa..

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

so,kite berdoa2kan la agar kite mendapat jodoh yg baik2~~
sampai ke anak cucu kita..
okey??
bubyessss~~

Sunday 4 March 2012

Ku Ingin Kamu :)

hyep kawan2..
this is y fabret song..
khas tok
MY HUBBY
..
hee:)
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

ref:
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to ref

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Back to ref

ref2:

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to ref2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas

best kan..
dengar kan di http://www.youtube.com/watch?v=eFzahwGM9uo
bubye:)

Wednesday 29 February 2012

Tanda-Tanda Cinta Semakin Pudar

nye tawan-tawan~~
fia nk sahre lg 1 mende..
bace laa~~




1. Malas angkat telefon..Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..

2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB.

3. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati.

4. Mula menggelakkan diri dari berjumpa.

5. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun..sebulan tak jumpa lagi bagus.

6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa la...tertido la..

7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia.

8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.

9. Taip SMS pun pendek2 je.

10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas "ermm" "k" jer.

11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..masa ngorat kita dulu takde pulak timbul hal tu.

12. Bila ajak jumpa ibu bapa, macam2 cara dia cuba menggelak..

13. Dah jumpa ibu bapa pun alasan banyak, nak cakap hal kahwin? Insyallah kalau ade jodoh. Kejap jer dia tukar topic.

14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.

15. Susah nak senyum atau gurau2 macam dulu-dulu.

16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’.

17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.

18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tapi sekarang dah terbalik.

19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah..katanya Handphone cepat panas.

##kalau anda rasa seperti ini dengan pasangan anda, cuba rapatkan kembali hubungan anda :)

SELAMAT MEMBACA~~

23 Tanda Lelaki Setia Pada Cinta

hye geng~~
mlm ny fia nk share something..
"sharing kan is caring"..
so xsalah kan fia nk letak tanda2 2 kt blog fia..
haa??
tanda2 ape??
tuuu, TITTLE kt atas 2..
ce bace tol2..
malas la nk ckp bnyk2 kali..
penatt..
hee:)

da la fia xnk ckp bebnyk..
ny dye TANDA-TANDA LELAKI SETIA PADA CINTE..
selamat membaca..




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun

20. Dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

##Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

haa..
ade x ciri2 2 kt bf kowg??
law ade bgos la..
xsemuanyer sama kan??
lain org lain perangai nyer..
oke la..
nty ade papew FIA sharing lg k..
okey bubye geng~~
LOVE u all~~:)

Sunday 29 January 2012

The Mines =)

hye tawan2..
kamu sume chat??
kite kt PILAH ny chat jew..
bowink la ujong mgu kt cney..
xde wt ap..
law kt uma 2 ley lepak2 nan fmly..
kuar jejlan sume..
hurmm:(
sabar yer FIA,,
JUMAAT ny kan da nk blik da..
fuhhh!!
selamat xjoin program ank angkt 2..
soo,,ley la blik..

kali ny fia nk story morry skt..
pasal hang out smlm..
FIA g MINES jew,,
nan AWIN n YAN..
ingt kuar nk g beli gune BAUCER 1 MALAYSIA..
last2 popular xde lak kt ctu..
then kteowg cari la acsessory for DINNER nty..
tapi tmpat dye mcm serabut jew..
lepak2 jew okey la kowt..
lepak nan pakwe n family kew kan..
hee:)
bab kt c2 mcm MELAKE gakk..
ad sungai tgh2 2..
ley nek BOAT pusing 1MINES..
law nk shopping KURENGG la..
hee:)

last2 nk crik buku dekat TERM jew..
kt TERM pulak ramai org..
dalam POPULAR 2 berator darp dpn smpai la ke blakunk POLULAR..
huh!!
ape pown xbley la..
wt penat jew..
p dapat la gak beli ksot nan tshirt jew..
hurmm, k la cmpai cney jewla fia story err??
jmp lg di lain STORY MORRY FIA k..
jgn lupe tekan2 la BUTTON FOLLOW 2..
hee:))
ukey..
bubye~~